Seringkali kita dengar kacang soya dan makanan yang berasaskan kacang soya, sebagai makanan yang berkhasiat tinggi untuk kesihatan. Kesaktian yang dipromosikan; kaya protein, mengurangi kadar kolestrol, melindungi dari serangan kanser dan jantung, mengurangi kedatangan menopause, menghindari dari osteoporosis (kerapuhan tulang) dan berbagai kemujaraban lagi.
Kacang soya telah dikaji secara terperinci. Mudarat-mudaratnya sudah banyak tertulis di dalam risalah-risalah kajian sains. Namun, aneh bin ajaib - para peniaga, penasihat kesihatan, agen-agen produk kesihatan, mall dan supermarket dan kedai-kedai tetap leluasa mempromosikan kacang soya sebagai makanan yang berkhasiat tinggi untuk kesihatan.
Bahaya kacang soya
Kacang soya, beserta beberapa makanan yang berasaskan kacang soya, mengandungi banyak racun/toxin semulajadi/alami (disebut "antinutrients"). Antinutrient bermaksud musuh kepada zat-zat makanan yang perlu diserap oleh tubuh.
1- Asid Phytic.
Kacang soya mengandungi kadar asid “phytic” yang sangat tinggi. Makanan yang mempunyai paras asid phytic yang tinggi akan membahayakan kesihatan tubuh. Perlu diketahui, meskipun kacang soya di rendam, di cambah seperti tauge, atau di masak dengan api yang kecil dan lama, proses seperti ini masih tidak mampu menyirna asid phytic yang terkandung didalam kacang soya.
Asid phytic bertindak seperti gam pelekat. Zat-zat galian terpenting yang diperlukan oleh tubuh seperti kalsium, magnesium, copper, besi, dan zinc akan melekat pada asid phytic. Apabila zat-zat galian ini terlekat pada asid phytic, semua zat-zat ini tidak dapat diserap oleh usus. Akibatnya, sel-sel tubuh tidak dapat menerima zat-zat galian tersebut. Dan tubuh akan mengalami kekurangan zat-zat galian tersebut.
2- Trypsin dan Trypsin Inhibitor.
Kacang soya mengandungi kadar trypsin inhibitors yang sangat tinggi. “Trypsin” adalah enzim yang bertindak memecahkan protein yang dimakan. Dengan demikian, trypsin membantu sistem penghadaman makanan didalam tubuh. Manakala “trypsin inhibitor” adalah suatu bahan yang menyekat enzim trypsin dari bertindak memecahkan protein. Trypsin inhibitor juga berkuasa melemahkan tindakan trypsin. Justru, sistem penghadaman didalam usus jadi terhalang atau tidak lancar. Dengan adanya kandungan trypsin inhibitor yang tinggi didalam kacang soya, protein dari makanan tidak sepenuhnya dapat dipecahkan oleh trypsin. Akibatnya, usus tidak dapat menyerap protein makanan untuk keperluan tubuh.
Kekurangan protein pada tubuh akan membantut tumbesaran, terutama kepada kanak-kanak. Ujikaji sains yang dijalankan kepada tikus, dengan memberi makan trypsin inhibitors dari kacang soya menunjukkan kadar tumbesaran pada tikus menjadi terbantut. Juga, menyebabkan bengak atau kanser pada pancreas. Apabila sistem pancreas terjejas, akan menimbulkan penyakit kencing manis/diabetes.
3- Estrogen dan Phyto-estrogen.
|
Estrogen banyak terkandung didalam kacang soya. Estrogen adalah sejenis hormon yang khusus diperlukan oleh tubuh wanita untuk perkembangan sistem peranakan. Hormon estrogen ini juga terlibat dalam membentuk kesihatan pada tulang dan jantung wanita. Namun, kajian sains menunjukkan apabila tubuh wanita terdedah kepada estrogen secara berlebihan dalam jangkamasa lama, menjadi penyebab kepada kanser payudara.
“Phyto-estrogen” juga banyak terkandung didalam kacang soya. Phytoestrogen adalah gerombolan kimia yang cuba bertindak sebagai hormon estrogen. Tindakan phytoestrogen ini mengganggu sistem “endocrine”. Sistem endocrine adalah sistem yang mengendalikan fungsi kelenjir-kelenjir mengeluarkan hormon kedalam saluran darah, berfungsi memelihara perjalanan darah keseluruh organ-organ didalam tubuh. Apabila sistem endocrine terjejas, boleh menyebabkan kemandulan. Juga menjadi penyebab kepada kanser payudara pada wanita.
Phyto-estrogen juga boleh menyebabkan kanser “Hypothyroidism”. Kanser hypothyroidism adalah keadaan dimana kelenjer thyroid menjadi lemah. Apabila kelenjer thyroid lemah, akan gagal mengeluarkan hormon thyroid yang mencukupi untuk pengendalian metabolisma didalam tubuh. Kekurangan hormon thyroid akan menyebabkan stress/tekanan perasaan, badan menjadi lemah lesu, tidak bersemangat dan tidak bertenaga.
Hypothyroidism yang kronik pada bayi akan menyebabkan tumbesarannya terbantut. Justru, phytoestrogens disebut sebagai anti-thyroid.
Apa yang membuatkan Soy Protein Shaklee berbeza dengan produk soya lain?
Kebanyakan produk soya diproses dengan alkohol. Cara ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk pencemaran bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan keseluruhan kebaikan soya.
Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, Soy Protein Shaklee menggunakan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.
Shaklee menggunakan teknik pengekstrakan air sejuk selama 30 tahun untuk memisahkan soya. Kenapa teknik ini dipilih? Ianya berikutan kesan soya yg pertama kali diukur pada burung tlh menunjukkan soya mengubah dedaun dan menyebabkan ianya matang pd usia muda dan juga memperlahankan fungsi tiroid. Selepas pemerhatian ini mereka menyedari terdapat ciri-ciri anti-tyrosine dalam kacang soya mentah.
Dr Shaklee memisahkan protein daripada kacang soya mentah dan meninggalkan enzim yang mengandungi bahan anti-tyrosine.
Apabila anda memasak soya, untuk menyifatkan semula sebatian seperti bahan anti-tiroid, anda sebenarnya mula menyusun semula bahan asid amino dalam soya yang kemudiannya menjadi bahan toksik.
Oleh sebab itu Dr Shaklee memilih untuk menggunakan teknik ini untuk mengekalkan khasiat soya.. Dengan menggunakan teknik pengekstrakan air sejuk juga, anda akan mendapat hanya yang terbaik daripada soya dan semua perkara yang positif seperti fitoestrogen yang menghalang kanser payudara dan kanser prostat pada lelaki.
Perbezaan Shaklee ialah mereka membuat kajian yang lama terhadap sesuatu produk sebelum orang mula bercakap tentang produk tersebut..Jadi kepada anda usahlah meragui ESP shaklee sebab proses pebuatannya sangat berbeza dari yang lain..Shaklee the best!!!
Anda juga digalakan untuk membaca tentang ESP dengan lebih lanjut di sini http://hinanurai.blogspot.com/2014/10/apa-itu-esp.html
Perlukan konsultasi tentang produk shaklee/menjana pendapatan dengan shaklee/menjadi ahli shaklee???
CALL/WHATSAPP/SMS: 0148854484 (WINNIE LURANG)
FB: www.facebook.com/win vita shoppe (Sila LIKE untuk dapat info terkini tentang produk Shaklee)Pengedar sah Shaklee di Miri,Sarawak
FB: www.facebook.com/win vita shoppe (Sila LIKE untuk dapat info terkini tentang produk Shaklee)Pengedar sah Shaklee di Miri,Sarawak
No comments:
Post a Comment