Wednesday 26 November 2014

8 Benda Yang Menanti Anda Jika Terlalu Gemuk

Anda terlalu gemuk???Dan anda senang hati dengan bentuk tubuh anda itu?Pernah tak terfikir nak berdiet??

 Benda Yang Menanti Anda Jika Terlalu Gemuk
Ramai orang yang tak suka mendengar perkataan  DIET dan menganggap orang yang berdiet 
tidak bersyukur dengan hidup serta tubuh yang dimilikinya. DIET bukanlah tidak makan atau
 berhenti makan. Diet juga bukan makan dalam potion yang sangat kecil dan terbatas sampai
menyebabkan kurus kering. Diet adalah menyeimbangkan kandungan nutrisi yang masuk ke
 dalam tubuh, memastikan jumlahnya tidak berlebihan sehingga semua nutrisi digunakan 
 dengan efektif.

Orang yang berdiet, akan memiliki tubuh yang lebih sihat,tidak kurus kering dan tidak gemuk. Tetapi, Tubuh dan kulitnya juga akan tetap tampak segar.  Tentu saja karena nutrisi yang masuk ke 
dalam tubuh sesuai dengan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. So,kenapa kita perlu berdiet???

Perlu untuk kita berdiet supaya sentiasa sihat dan bertenaga.Penting untuk kita mengetahui 
bahaya apabila Anda terlalu gemuk...

Haid tidak teratur
Apabila terlalu banyak kandungan lemak di tubuh Anda, maka umumnya haid menjadi tidak 
teratur. Kekadang awal,kekadang awal dari hari biasa dan kekadang boleh berhenti dalam 
beberapa waktu. Hal ini disebabkan karena ketidakseimbangan metabolisme tubuh, yang 
turut disumbangkan oleh banyaknya lemak di dalam tubuh Anda.

Risiko penyakit jantung
Anda yang gemar makan makanan junk food, tentunya sukar bagi anda terlepas dari 
 perkataan 
gemuk. Dan ini akan menjadi salah satu punca serangan penyakit jantung. Tidak heran la bila
di usia muda sudah banyak orang yang meninggal mendadak. Nah, ini disebabkan karena 
tubuh yang terlalu gemuk.

Tekanan darah tinggi
Apabila Anda tertanya tanya mengapa tekanan darah selalu tinggi, maka alasannya adalah
karena kandungan kolesterol di dalam darah Anda. Kolesterol dapat menyumbat pembuluh 
darah, dan hal ini sering ditemukan pada orang yang terlalu gemuk.

Arthritis
Penyakit ini biasanya menyerang sendi sendi.. ia biasa terjadi pada orang yang terlalu gemuk
dan ada tekanan pada sendi yang menyebabkan keradangan pada sendi.

Tumit pecah-pecah
Bahkan kulitpun bereaksi pada tubuh yang terlalu gemuk. Saat telapak mendapatkan beban yang berat, maka umumnya terjadi keretakan pada kulit di tumit. Cenderung tumit yang pecah-pecah ini juga terasa sakit karena menahan beban tubuh yang ada.
Batu ginjal
Lemak juga menjadi salah satu punca menyebabkan batu ginjal, di mana lemak dapat 
menyumbat saluran pembuangan air urin. Rasanya akan sakit luar biasa, dan menyebabkan
penyakit ginjal yang lebih berbahaya.

Kurang subur
Ketidakseimbangan hormon pada mereka yang bertubuh terlalu gemuk dapat menyebabkan 
rahim jadi tidak subur. Inilah mengapa mereka yang terlalu gemuk sukar untuk hamil, atau
bahkan sering keguguran di usia kehamilannya.

Depresi
Depresi bukanlah sesuatu yang sering dialami mereka yang bertubuh terlalu gemuk. Hal itu 
umumnya disebabkan karena ketidakseimbangan hormon yang kemudian mempengaruhi 
sisi psikologi seseorang.

Kesimpulannya,Tiada apa kebaikan pun jika Anda terlalu gemuk? oleh itu
makanlah makanan yang baik untuk tubuh dan sentiasalah bersenam. Jaga keseimbangan metabolisme tubuh serta lemak di dalamnya, jangan sampai jumlah lemak ini mengganggu kehidupan dan kesihatan Anda.

Perlukan konsultasi tentang produk shaklee/menjana pendapatan dengan shaklee/menjadi ahli shaklee???
CALL/WHATSAPP/SMS: 0148854484 (WINNIE LURANG)
FB: www.facebook.com/win vita shoppe (Sila LIKE untuk dapat info terkini tentang produk Shaklee)Pengedar sah Shaklee di Miri,Sarawak

Tuesday 25 November 2014

3 Petua Untuk Mengubati Sakit Mata

Petang semalam saya telefon mak saya yang berada di kampung..Katanya dorang di rumah semua kena sakit mata...Ramai orang yang kena jangkitan sakit mata sekarang ni...Maka sehubungan itu, saya nak kongsikan petua yang boleh diamalkan  jika anda sakit mata untuk mengubati sakit mata tersebut..  Terdapat 3 petua yang boleh dicuba. 

Antara bahan-bahan utama yang anda perlukan adalah daun bunga melati, daun sirih serta daun sirih muda
Kaedah Pertama:

1. Ambil beberapa helai daun bunga Melati (Melur).

3 Petua Untuk Mengubati Sakit Mata
Daun Bunga Melati 

2. Bersihkan daun tersebut dan tumbuk ia sampai lumat.

3. Setelah lumat, tampalkannya pada bahagian kening anda.

4. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda menggantikannya dengan daun melati yang baru setiap kali mengulangi proses no.1 hingga 3.

Kaedah Kedua:

1. Ambil beberapa helai daun sirih yang masih muda.

3 Petua Untuk Mengubati Sakit Mata
Daun sirih

2. Bersihkannya dan ramas daun sirih tersebut sampai hancur.

3. Rendamkan daun yang telah hancur tadi ke dalam bekas berisi air panas.

4. Kemudian, biarkan ia terendam sehingga air panas tadi bertukar menjadi suam-suam kuku.

5. Setelah itu, tapiskan air rendaman tersebut dengan menggunakan sehelai kain bersih ke dalam satu bekas yang lain.

6. Akhir sekali, rendamkan mata anda ke dalam bekas tersebut sambil mengelipkan mata berulang kali.

Kaedah ini boleh diamalkan setiap hari sehinggalah mata anda sihat.

Kaedah Ketiga:

1. Ambil beberapa helai daun sirih.

2. Bersihkan ia dan kemudian rebus daun sirih tadi sampai mendidih. Jangan lupa tambahkan sedikit garam ketika anda merebusnya.

3. Setelah mendidih, dinginkan air rebusan tersebut terlebih dahulu.

4. Seterusnya, tapiskan air rebusan yang telah dingin ke dalam sebuah bekas lain dengan menggunakan kain putih.

5. Akhir sekali, kelip-kelipkan kelopak mata anda ke dalam bekas berisi air rebusan daun sirih yang telah ditapis tadi.

Anda boleh lakukan cara ini sebanyak 3 kali sehari. Buatlah sehingga sakit mata anda beransur pulih.

Selamat mencuba!!!!

Perlukan konsultasi tentang produk shaklee/menjana pendapatan dengan shaklee/menjadi ahli shaklee???
CALL/WHATSAPP/SMS: 0148854484 (WINNIE LURANG)
FB: www.facebook.com/win vita shoppe (Sila LIKE untuk dapat info terkini tentang produk Shaklee)Pengedar sah Shaklee di Miri,Sarawak

Monday 24 November 2014

Lecithin Untuk Fungsi Otak

Hari ini saya nak bawa kita belajar tentang apa itu lecithin..Perlu untuk kita mengetahui apa supplemen yang ingin kita ambil..Benarkan lecithin ni untuk fungsi otak??Lecithin ni bagus untuk orang pelupa tau...

Apakah Lecithin?

Lecithin Untuk Fungsi Otak
    • Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi)
    • Ia membantu badan menyerap nutrien larut leemak seperti vitamin A,D,E,K, Beta Caretone.
    • Boleh didapati dari tisu binantang dan tumbuhan (plant).
    • Untuk commercial purpose ianya didapati dari telur, jagung dan kacang soya.
    • Sebagai Fat Emulsifier – Metabolisma Lemak.
Apakah Kandungan Lecitihn?

  • Di dalam lecithin mengandungi Asid linoleik (essntial fatty acid) – amat perlu oleh badan. Namun ianya tidak boleh dijanakan dari badan, ia perlu diambil melalui diet harian.
  • Kolin iaitu satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina iaitu bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan
Kepentingan Lecithin Untuk Fungsi Otak

    • Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, ingatan , konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan,bercakap, tidur, penghadaman dsb.
    • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yg terlibat dlm penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yg betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi ini akan tergugat. Acethylcholine dihasiilkan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari Lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine kerana 30% otak adalah lecithin, dan 70% lemak hati (liver) adalah lecitihin.
Mengapa Lecithin dari Shaklee adalah terbaik?

Lecithin Untuk Fungsi Otak

Lecithin Shaklee adalah diperbuat dari kacang soya. Ini kerana mengikut kajian lecithin dari soya bean berkesan memecahkan deposit kolestrol berbanding dari lecithin dari telur. Ianya tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pewarna. Dan lecitihn Shaklee kepekatannya bersamaan 520mg lecitihn per kapsul..

Perlukan konsultasi tentang produk shaklee/menjana pendapatan dengan shaklee/menjadi ahli shaklee???

CALL/WHATSAPP/SMS: 0148854484 (WINNIE LURANG)
FB: www.facebook.com/win vita shoppe (Sila LIKE untuk dapat info terkini tentang produk Shaklee)Pengedar sah Shaklee di Miri,Sarawak

Sunday 23 November 2014

Cuti Persekolahan Anak Zaman Sekarang


Bestnyerrr...Anak anak mummy ni ..bak kata daddynya..Dulu dulu susah2 kita nak dapat sebiji gula2..Budak budak sekarang macam macam mereka dapat..Hah!!!ni dia kisah hari pertama cuti persekolahan bermula..Cerita semalam..Bawa anak anak jalan..


Hari pertama cuti pesekolahan kali ini kami pergi menjenguk negara jiran Brunei hanya untuk pergi makan tengahari di kedai Japanese Cuisine ni..Tempat paling femes sushi dan sashimi..


Percaya tidak kami 5 orang dewasa dan 3 budah pergi sana menggunakan sebuah kereta double cabin..Ni adalah antara makan yang kami makan..banyak lagi tak sempat nak ambik gambar sebab sibuk nak makan ..heheheheh





Makanan sini semua sedap sedap tau..Bagi anda penggemar makan makanan jepun yang tinggal di Miri ataupun Negara Brunei anda juga boleh ke sini untuk menikmati makan jepun di tempat ni...


Saturday 22 November 2014

Ibu Dan Anak Seronok Sebab Cuti dah Bermula..

Dah menuju ke penghujung persekolahan untuk tahun ini dah..Bukan setakat anak anak jer happy..Jujur saya katakan saya pun seronok sebab masa cuti la kita boleh 24jam bersama anak-anak..Sebelum cuti sekolah ni bermula Sekolah tempat ada saya belajar mengadakan 'party cum graduation'..Yeah!yeah!yeah! esok dah mula bercuti..Ibu pun turut seronok bila anak dah mula bercuti panjang..


Sekitar Party perpisahan puteri sulung saya Denisha Urai Lah dengan teman teman sekolahnya yang level 3..Mereka akan melanjutkan persekolahan ke darjah 1 tahun hadapan..Masih ada 2 tahun lagi untuk anak saya menuntut ilmu di sekolah ni..


Dulu ibu dan ayah mereka satu sekolah..sekarang anak anak mereka pun satu sekolah..So mereka bukan sahaja kawan di sekolah malahan di luar sekolah pun rapat..Seronok tengok anak ramai kawan..


Hahahahaha...si adik pun mau hadiah juga macam si kakak..Malangnya belum cukup umur untuk pergi sekolah..Adik cuma mampu merebut hadiah hadiah kakaknya....Semoga tahun depan Kakak dapat banyak lagi hadiah...

Friday 21 November 2014

Lindungi Kulit Dari Pancaran Matahari Tanpa Lotion

Selamat pagi semua...Mulakan hari anda dengan senyuman..Anda tahu tak kita boleh lindungi kulit dari matahari hanya dengan memakan supplemen?Supplemen ni sangat sesuai untuk orang yang malas guna lotion macam saya..Nak tau apa supplemen tu?

Lindungi Kulit Dari Pancaran Matahari Tanpa Lotion
Lindungi Kulit Dari Pancaran Matahari Tanpa Lotion


Coenzyme Q10 bertindak sebagai perlindung matahari semulajadi.. Ini kerana pendedahan pada cahaya matahari adalah penyebab yg menjadikan kulit kita kelihatan tua dari usia sebenar..Jadi Enzim ini bertindak membawa nutrien dan oksigen ke pemukaan kulit untuk melindungi kulit kita.

Sifat antioksidaan yang terdapat dapat pada COQ10 juga penting untuk menghalang radikal bebas yg terdapat pada sinaran UV dan juga udara dalam persekitaran ke kulit kita. Radikal bebas ini yangmenjadikan kulit kita tampak lebih berusia dari biasa. Konsepnya sama macam besi  yang dibiarkan kena hujan dan panas lama-lama kan berkarat jadi samalah dengan muka kita,nak elak dari  'berkarat' kena ambik protection samada luaran dan dalaman

Lindungi Kulit Dari Pancaran Matahari Tanpa Lotion
Lindungi Kulit Dari Pancaran Matahari Tanpa Lotion
Tahap CoQ10 semulajadi dalam badan berkurang apabila kita meningkat usia. Sebab tu salah satu alternatif adalah mengambil supplemen dalaman yg mengandung COQ10. COQ10 Shaklee mengandungi 3 bahan utama iaitu CoQ10, Vitamin E, Green Tea.  Apa yang membezakan CoQ Health Plus dengan produk lain adalah CoQ10 Shaklee adalah daripada yis ekstrak semulajadi sama seperti yang dihasilkan oleh badan kita.

Perlukan konsultasi tentang produk shaklee/menjana pendapatan dengan shaklee/menjadi ahli shaklee???
CALL/WHATSAPP/SMS: 0148854484 (WINNIE LURANG)
FB: www.facebook.com/win vita shoppe (Sila LIKE untuk dapat info terkini tentang produk Shaklee)Pengedar sah Shaklee di Miri,Sarawak

Thursday 20 November 2014

Perut Rasa Selesa Tanpa Gangguan Angin/Gas Dalam Perut

Hari ni pula saya nak share tentang Peppermint Ginger Plus..Saya paling suka tau Peppermint ni sebab saya selalu ada masalah byk angin dalam perut..Anda tau tak bagaimana kita tau perut kita banyak angin???Selalu kentut dan selalu 'berb' itulah tanda banyak angin dalam perut..Inilah dia penyelesaian untuk angin dalam perut saya...
Perut Rasa Selesa Tanpa Gangguan Angin/Gas Dalam Perut

Peppermint Ginger diperbuat dari bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik .Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai kelebihan dan kebaikan yang banyak setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:



  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.

Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan. Kelebihan Peppermint Ginger diterangkan melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu:

Perut Rasa Selesa Tanpa Gangguan Angin/Gas Dalam Perut

Pudina (Peppermint)

  • Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu dalam penghadaman.
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
  • Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demamapabila seseorang itu mengalami selsema
  • Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.


Perut Rasa Selesa Tanpa Gangguan Angin/Gas Dalam Perut

Halia

  • Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa haliamenghalang muntah selepas pembedahan.



Perut Rasa Selesa Tanpa Gangguan Angin/Gas Dalam Perut

Pokok adas (fennal)

  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. 
  • Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.

Perut Rasa Selesa Tanpa Gangguan Angin/Gas Dalam Perut

Cekur Manis (anise)

  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba dimusim panas dan lembab

Memang selesa tak terkata perut bila dah ambik peppermint ni tau..Angin atau gas yang lama terkumpul tu berebut rebut keluar dari perut bila dah makan peppermint ni..

Perlukan konsultasi tentang produk shaklee/menjana pendapatan dengan shaklee/menjadi ahli shaklee???
CALL/WHATSAPP/SMS: 0148854484 (WINNIE LURANG)
FB: www.facebook.com/win vita shoppe (Sila LIKE untuk dapat info terkini tentang produk Shaklee)Pengedar sah Shaklee di Miri,Sarawak

Sila klik butang ORDER NOW dibawah untuk membuat pembelian secara online..

.

Wednesday 19 November 2014

Zinc Sangat Penting Untuk Badan

Selamat pagi semua..Apa khabar??hari ini saya rasa segar setelah mengambil 5 biji alfalfa shaklee sebelum tidur malam tadi...Tapi kali ni bukan nak cerita tentang alfalfa..saya nak cerita tentang zinc complex shaklee hari ni..

Zinc Sangat Penting Untuk Badan
Zinc Sangat Penting Untuk Badan

Keistimewaan Zinc Complex Shaklee 

Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk Alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka masa panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadminum dan plumbum dari tubuh.

Kebaikan Zinc Complex Shaklee

1. Mengaktifkan 200 jenis enzim

Zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA, dan Protein, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam badan untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.

2. Membentuk Kolagen

Zinc membantu pembentukan kolagen dan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

3. Memperbaiki Diabeties

Zinc membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki Diabeties.

4. Bintik Putih di Kuku

Bintik putih di kuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.

5. Mempertingkatkan Sistem Imun

Membantu pengeluaran kelenjar thrymus. Kelenjar thrymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluran T-Cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

6. Mempercepatkan Pemulihan Luka

Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.

7. Memperbaiki masalah Prostat

Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.

8. Kemampuan Seks Lelaki

Pengambilan Zinc untuk jangkamasa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.

9. Ovulasi Wanita

Wanita memerlukan Zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.

10. Memperbaiki Radang Kulit

Kajian menunjukkan pengambilan Zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.

11. Mengekalkan Deria Bau

Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif (rasa dan bau).

Zinc Sangat Penting Untuk Badan
Zinc Sangat Penting Untuk Badan

Perlukan konsultasi tentang produk shaklee/menjana pendapatan dengan shaklee/menjadi ahli shaklee???
CALL/WHATSAPP/SMS: 0148854484 (WINNIE LURANG)
FB: www.facebook.com/win vita shoppe (Sila LIKE untuk dapat info terkini tentang produk Shaklee)Pengedar sah Shaklee di Miri,Sarawak

Sila klik butang ORDER NOW dibawah untuk membuat pembelian secara online..

.