Monday 10 November 2014

7 Komplikasi Kencing Manis

Adakah anda mempunyai tanda tanda kencing manis di usia yang masih muda??Anda mesti tak mau berjumpa dengan doktor kan sebab tak dapat nak menerima hakikat bahwa anda ada kencing manis terlalu awal...Tahukan anda bukan anda saja begitu tetapi ramai lagi pesakit yang mempunyai tanda-tanda kencing manis  takut untuk tampil berjumpa doktor pada permulaan tanda-tanda kencing manis  itu dikesan. Sebenarnya, jika penyakit kencing manis itu dapat dikesan awal, langkah pengawalan paras gula dapat dilakukan segera. Ini akan membantu mencegah komplikasi kencing manis.

7 Komplikasi Kencing Manis
7 Komplikasi Kencing Manis

Anda kena tahu apabila paras gula dalam darah yang tidak terkawal untuk jangka masa yang panjang, ia boleh mengakibatkan kesan-kesan (komplikasi) akibat kencing manis. 7 komplikasi akibat kencing manis yang tidak terkawal ialah :


  1.  Serangan jantung
  2. Halangan kepada laluan pembuluh salur darah (arteri) di kaki 
  3. Lumpuh – samada sepenuhnya (tidak boleh berjalan, bercakap atau makan) atau lumpuh separuh badan
  4. Kegagalan fungsi buah pinggang. Jika kegagalan kedua-dua fungsi buah pinggang adalah sepenuhnya, pesakit tersebut memerlukan dialysis.
  5. Mata yang kabur dan buta. Tiada jalan untuk sembuh daripada buta disebabkan oleh kencing manis.
  6. Saraf yang kurang rangsangan (terutamanya di bahagian hujung tangan dan kaki). Pesakit biasa akan merasa kebas pada hujung kaki dan tangan. Dia juga mungkin kurang deria rasa (sakit/ panas) pada kaki dan tangan. Oleh itu, mereka kadangkala tidak perasan dan tidak sedar jika terpijak benda tajam atau berdiri di atas permukaan yang terlalu panas. Ini akan menyebabkan mereka mendapat luka yang tidak disedari di tapak kaki.
  7. Jangkitan dan ulcer pada kaki. Disebabkan saraf yang kurang rangsangan, mereka mudah mendapat luka di kaki. Jika paras gula sentiasa tinggi di dalam darah, luka sudah pasti sukar untuk sembuh. Luka yang tidak sembuh disertai dengan jangkitan dan paras gula yang tinggi, menyebabkan jangkitan mudah untuk merebak. Apabila jangkitan merebak ke tulang di bahagian kaki, ini akan menyebabkan kaki dipotong untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke bahagian lain dalam badan.

Jika kita lihat kesan-kesan ini semua adalah sangat teruk. Mata buta, lumpuh, kaki dipotong dan buah pinggang gagal berfungsi sehingga menyebabkan dialysis adalah perkara yang kita sama sekali tidak mahu terjadi kepada diri sendiri mahupun ahli keluarga yang lain. Oleh itu, bermula daripada sekarang, pilihlah untuk mencegah diabetes. Jika anda sudah pun mempunyai diabetes, pilihlah untuk mengawalnya dengan bijak. Buat pilihan yang bijak, pilih untuk sihat tanpa perlu ada komplikasi diabetes.

Shaklee menyediakan supplemen khas untuk anda mengawal kencing manis anda..

7 Komplikasi Kencing Manis
7 Komplikasi Kencing Manis

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Perlukan konsultasi tentang produk shaklee/menjana pendapatan dengan shaklee/menjadi ahli shaklee??? 
CALL/WHATSAPP/SMS: 0148854484 (WINNIE LURANG)
FB: www.facebook.com/win vita shoppe (Sila LIKE untuk dapat info terkini tentang produk Shaklee)Pengedar sah Shaklee di Miri,Sarawak

Sila klik butang ORDER NOW dibawah untuk membuat pembelian secara online..

.

No comments:

Post a Comment