Antara bahan-bahan utama yang anda perlukan adalah daun bunga melati, daun sirih serta daun sirih muda.
Kaedah Pertama:
1. Ambil beberapa helai daun bunga Melati (Melur).
Daun Bunga Melati
2. Bersihkan daun tersebut dan tumbuk ia sampai lumat.
3. Setelah lumat, tampalkannya pada bahagian kening anda.
4. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda menggantikannya dengan daun melati yang baru setiap kali mengulangi proses no.1 hingga 3.
Kaedah Kedua:
1. Ambil beberapa helai daun sirih yang masih muda.
Daun sirih
2. Bersihkannya dan ramas daun sirih tersebut sampai hancur.
3. Rendamkan daun yang telah hancur tadi ke dalam bekas berisi air panas.
4. Kemudian, biarkan ia terendam sehingga air panas tadi bertukar menjadi suam-suam kuku.
5. Setelah itu, tapiskan air rendaman tersebut dengan menggunakan sehelai kain bersih ke dalam satu bekas yang lain.
6. Akhir sekali, rendamkan mata anda ke dalam bekas tersebut sambil mengelipkan mata berulang kali.
Kaedah ini boleh diamalkan setiap hari sehinggalah mata anda sihat.
Kaedah Ketiga:
1. Ambil beberapa helai daun sirih.
2. Bersihkan ia dan kemudian rebus daun sirih tadi sampai mendidih. Jangan lupa tambahkan sedikit garam ketika anda merebusnya.
3. Setelah mendidih, dinginkan air rebusan tersebut terlebih dahulu.
4. Seterusnya, tapiskan air rebusan yang telah dingin ke dalam sebuah bekas lain dengan menggunakan kain putih.
5. Akhir sekali, kelip-kelipkan kelopak mata anda ke dalam bekas berisi air rebusan daun sirih yang telah ditapis tadi.
Anda boleh lakukan cara ini sebanyak 3 kali sehari. Buatlah sehingga sakit mata anda beransur pulih.
Selamat mencuba!!!!
Perlukan konsultasi tentang produk shaklee/menjana pendapatan dengan shaklee/menjadi ahli shaklee???
CALL/WHATSAPP/SMS: 0148854484 (WINNIE LURANG)
FB: www.facebook.com/win vita shoppe (Sila LIKE untuk dapat info terkini tentang produk Shaklee)Pengedar sah Shaklee di Miri,Sarawak
FB: www.facebook.com/win vita shoppe (Sila LIKE untuk dapat info terkini tentang produk Shaklee)Pengedar sah Shaklee di Miri,Sarawak
No comments:
Post a Comment