Wednesday 12 November 2014

Resipi Kek Carrot Istimewa

Selamat pagi semua...di pagi yang indah ini saya nak share satu resipi kek  sangat istimewa kegemaran seluruh keluarga saya...Tau tak kenapa kami menggemari kek ni???Sebabnya kek ni tak manis dan sangat sedap...

KEK CARROT ISTIMEWA
Resipi Kek Carrot Istimewa
BAHAN-BAHANNYA 
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING 
70 g mentega tanpa garam
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA 


  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Walnut digoreng tanpa minyak hingga wangi, angkat dan ketepikan. Kelapa kering juga digoreng tanpa minyak hingga harum, tapi jangan sampai hangus, kasi perang sedikit saja, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 3 - 4 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati, gunakan spatula.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 55 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese dan hias ikut suka. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka.
Cuba la buat..dah makan nanti pasti anda tak puashati dan nak buat lagi..hahahahah

Perlukan konsultasi tentang produk shaklee/menjana pendapatan dengan shaklee/menjadi ahli shaklee??? 
CALL/WHATSAPP/SMS: 0148854484 (WINNIE LURANG)
FB: www.facebook.com/win vita shoppe (Sila LIKE untuk dapat info terkini tentang produk Shaklee)
Pengedar sah Shaklee di Miri,Sarawak (COD seluruh kawasan Miri)

No comments:

Post a Comment