Bagaimana Kekal Sihat Sepanjang Masa?? |
Bersenam setiap hari
Fizikal yang sentiasa cergas dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik, membantu keseimbangan dan koordinasi tubuh serta mengurangkan berat badan. Berat badan unggul bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga penting untuk keyakinan diri.
Tingkatkan sistem penghadaman
System penghadaman yang kurang baik menyebabkan khasiat makanan tidak dapat diserap untuk dimanfaatkan oleh sistem badan. Tanda-tanda sistem penghadaman yang kurang baik adalah seperti tekstur kulit kasar, alahan kulit, sembelit, air bertakung dalam badan, sakit kepala, kurang daya tumpuan, kemurungan dan perut kembung.
Selaraskan pH tubuh
Tubuh yang sihat adalah bersifat alkali lemah iaitu sekitar pH 7.35-7.45. apabila badan kita menjadi semakin bertoksid, nilai pH tersebut menurun dan menunjukkan keadaan berasid. Kesan sampingan badan berasid adalah keletihan, ingatan lemah, sakit-sakit badan, sukar tidur, sembelit, organ tidak berfungsi dengan baik dan kadar metabolism yang rendah. Lebih buruk lagi, sel-sel kanser lebih mudah membiak dan hidup dalam keadaan badan yang berasid.
Banyakkan minum air
Fungsi air adalah nenyelaraskan suhu badan, menghantar khasiat kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen, menyingkirkan bahan buangan serta melindungi sendi dan organ. Tanda-tanda kekurangan air adalah seperti berasa dahaga, sakit sendi dan otot, sakit bahagian belakang, sakit kepala dan sembelit. Kita perlu minum sekurang-kurang 2 liter air sehari bergantung kepada aktiviti, keadaan cuaca, berat badan dan tahap kesihatan kita.
Bagaimana Kekal Sihat Sepanjang Masa?? |
Gaya hidup yang serba sibuk dengan pelbagai tuntutan dan keperluan menjadikan stress begitu sinonim dengan kehidupan sekarang. Stress bukanlah sesuatu yang tidak bermanfaat langsung dalam kehidupan kerana sedikit stress adalah penting untuk mendorong kita melakukan yang terbaik dan juga mengembangkan potensi diri. Namun, pastikan stress berada pada tahap yang terkawal kerana stres yang melampau boleh menjejaskan kesihatan dan emosi seseorang.
Tabiat makan yang baik
Tabiat makan mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang. Amalkan cara makan yang sihat seperti makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang dan mulakan dengan buah-buahan sebelum makan makanan berat.
Bagaimana Kekal Sihat Sepanjang Masa?? |
Jaga jadual tidur
Tidur yang cukup adalah penting untuk pemulihan kesihatan dan mood seseorang. Sentiasa bergerak cergas serta selalu menarik nafas dalam-dalam untuk mengurangkan kesan letih akibat tidak cukup tidur walaupun ketika duduk, berjalan atau memandu.
Hubungan intim suami isteri
Hubungan suami isteri yang intim dan mesra bukan sahaja penting untuk kerukunan rumahtangga, bahkan juga baik untuk kesihatan seseorang. Rumahtangga yang bahagia bukan sahaja melahirkan anak-anak yang cemerlang, malahan memenuhi keperlua emosi, fizikal dan spiritual seseorang.
Selain amalan amalan yang saya nyatakan diatas anda digalakkan juga untuk mengambil supplemen tambahan untuk kekal sihat..Shaklee menyediakan pelbagai supplemen tambahan bersesuaian dengan kehendak ataupun masalah anda..
Bagaimana Kekal Sihat Sepanjang Masa?? |
kesihatan yang baik adalah kunci kepada kebahagiaan. Orang yang bahagia
biasanya sihat dan kelihatan gembira dan begitu juga orang sihat akan menampakkan berseri seri menaandakan kebahagian mereka..Oleh itu kesihatan dan kebahagiaan adalah nikmat kehidupan
yang tidak ternilai serta menuntut pengorbanan dan disiplin diri yang
tinggi. Dan ia boleh dikecapi dengan
berbekalkan minda dan sikap yang positif.
Perlukan konsultasi tentang produk shaklee/menjana pendapatan dengan shaklee/menjadi ahli shaklee???
CALL/WHATSAPP/SMS: 0148854484 (WINNIE LURANG)
FB: www.facebook.com/win vita shoppe (Sila LIKE untuk dapat info terkini tentang produk Shaklee)Pengedar sah Shaklee di Miri,Sarawak
FB: www.facebook.com/win vita shoppe (Sila LIKE untuk dapat info terkini tentang produk Shaklee)Pengedar sah Shaklee di Miri,Sarawak
Sila klik butang ORDER dibawah untuk membuat pembelian secara online..
No comments:
Post a Comment