Tuesday 21 October 2014

Persediaan Wajib Sebelum Bersalin

Persediaan Wajib Sebelum Bersalin
Persediaan Wajib Sebelum Bersalin
Kandungan dah cukup hari?? kini saat untuk melahirkan bayi sudah tiba, hanya menunggu detik untuk melahirkan sahaja lagi .Persoalannnya,adakah anda bersedia untuk bersalin??Oleh sebab tu kali ini saya nak kongsikan Persediaan Sebelum Bersalin dengan pembaca blog saya ni untuk membantu para 'mother & father to be' melengkapkan diri serta keperluan asas sebelum bersalin.

Kelas antenatal

  • Ia merupakan kelas yang akan memberi pendedahan kepada anda tentang selok belok perihal bersalin dan lain-lain
  • Antara topik yang disentuh, biasanya pemakanan semasa hamil, senaman ibu hamil, pilihan penggunaan ubat tahan sakit, demonstrasi penjagaan bayi baru lahir, penjagaan ibu selepas melahirkan, penyusuan susu ibu dan banyak lagi
  • Sebaik-baiknya, pilih kelas antenatal di hospital yang anda rancang untuk bersalin, kerana anda dapat mengenali doktor pakar perbidanan dan sakit puan, doktor pakar kanak-kanak, doktor pakar bius,  jururawat dan lain-lain lagi
Bajet Melahirkan
  • Walaupun anda merancang untuk bersalin normal, tapi anda tetap perlu peruntukkan wang untuk bersalin secara caesarean.
  • Ini penting untuk dilakukan, kerana dikhuatiri anda terpaksa bersalin secara pembedahan, sekiranya ada komplikasi tertentu timbul
Lokasi hospital bersalin
  • ini adalah penting kerana, ia dapat memudahkan anda untuk menuju ke sana, apabila tanda-tanda bersalin sudah kelihatan
  • adalah dinasihatkan untuk memilih hospital yang berdekatan dengan kediaman, kerana jika berlaku sebarang komplikasi, anda boleh sampai ke sana dengan segera
  • elakkan memilih hospital yang berada di kawasan sesak dengan lalu lintas
Kemudahan hospital
  • kemudahan yang anda perlu beri perhatian ialah, wad bersalin, bilik bayi, bilik ICU untuk ibu, bilik NICU untuk bayi dan peralatan perubatan untuk menghadapi saat kecemasan
  • pastikan semuanya lengkap dan mencukupi untuk rawatan ibu dan anak
  • anda juga perlu tahu, jika hospital tersebut mempunyai sokongan yang lengkap jika bayi dilahirkan pramatang atau lemas sewaktu bersalin
  • Sangat penting untuk memilih hospital yang mempunyai kelengkapan yang mencukupi
Kehamilan berisiko caesarean
  • terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan anda bersalin secara caesarean
  • contohnya, proses kelahiran terbantut setelah tiada kemajuan pembesaran saiz serviks biarpun dibantu dengan ubat penguat kontraksi, janin mengalami masalah antaranya bekalan oksigen tergendala, tali pusat terhimpit sehingga mengakibatkan bekalan darah dari uri ke bayi menurun, saiz badan bayi terlalu besar jika dibandingkan dengan tulang pinggul anda, kedudukan bayi songsang, serta terdapat jangkitan pada anda seperti herpes genitalia yang boleh memudaratkan bayi semasa proses kelahiran
Kelengkapan ibu
  • Semakin menghampiri waktu bersalin, anda sudah pun siap menyediakan barangan kelengkapan untuk di bawa ke hospital
  • Antaranya, pakaian untuk pulang ke rumah setelah dibenarkan keluar dari hospital, beberapa helai coli menyusu, pad payudara dan seluar dalam pakai buang, kain batik, stoking dan selipar serta alatan mandi, tuala mandi, tuala wanita dan lain-lain yang perlu.
  • Paling penting, adalah kad pengenalan anda dan kad pemeriksaan kesihatan ibu hamil
Kelengkapan bayi
  • Pakaian bayi berlengan panjang serta seluarnya, topi, sarung tangan dan sarung kaki, kain bedung dan selimut, lampin bayi untuk dibawa ke hospital.
  • Untuk kelengkapan selepas keluar dari hospital, beberapa helai baju berlengan panjang dan seluar panjang, baju berlengan pendek dan seluar pendek serta sarung tangan dan sarung kaki, termasuklah bedak, losyen, syampu, sabun mandian, minyak bayi, minyak telon, kapas muka, tisu basah dan sebagainya.
Rehat yang cukup
  • Pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi sebelum melahirkan
  • Makan makanan yang berkhasiat untuk anda dan bayi dalam kandungan dan pastikan perut anda terisi sebelum proses kelahiran bagi mengekalkan stamina semasa bersalin.
  • Jika anda kurang selera, jangan paksa makan, tapi makanlah sedikit dengan kerap
Gembira dan Tenang
  • Emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat,terangsang, pintar dan cerdas.
  • Perasaan gembira dan bahagia atas kurniaan zuriat yang bakal lahir mesti ditunjukkan dengan banyak melakukan sujud syukur pada Yang Maha Esa
Tanda kelahiran
  • ketahui tanda-tanda awal kelahiran supaya anda lebih bersedia.
  • antara tanda-tanda awal kelahiran ialah:
a. Berlaku kontraksi dan terdapat sedikit darah keluar dari faraj. Kontraksi boleh berlaku secara tiba-tiba
b. Cirit-birit dan diikuti dengan rasa memulas pada bahagian perut
c. Sakit belakang yang agak teruk dan tidak menentu
d. Sengal di bawah perut seperti senggugut
e. Cairan amniotik atau air ketuban keluar sedikit demi sedikit
f. Kontraksi berlaku semakin kerap

Info: Waktu kelahiran; tempoh masa melahirkan biasanya dibahagikan kepada tiga tahap. Ia biasanya akan berlaku dalam tempoh 12 hingga 16 jam bagi ibu yang baru pertama kali hamil dan kurang 12 jam bagi yang sudah berpengalaman

 Persediaan berpantang
  • Untuk kelancaran proses berpantang, anda perlu menyediakan kelengkapan yang perlu dan mencukupi.
  • Sediakan siapa yang menjadi tukang urut yang mahir dalam kerja-kerja mengurut wanita selepas bersalin serta batu tungku, bagi membolehkan anda bertungku nanti.
  • Untuk set bersalin, pilihan yang terbaik adalah, anda mendapatkan pandangan daripada mereka yang berpengalaman sebelum memilih set bersalin yang sesuai dengan keperluan diri anda.
#Kepada ibu-ibu yang sedang mencari  set bersalin dan berpantang yang sesuai, saya amat mengesyorkan untuk bersalin dan berpantang dengan Shaklee. 

Persediaan Wajib Sebelum Bersalin
Persediaan Wajib Sebelum Bersalin


Penyusuan susu ibu
  • Buat persediaan secukupnya sejak dari awal kehamilan, sekiranya anda bercadang mahu menyusukan bayi secara eksklusif apabila dia lahir kelak
  • cari sebanyak mungkin maklumat berkaitan penyusuan susu ibu termasuk kesukaran yang mungkin berlaku
  • Paling penting, sebaik bersalin, anda melakukan sentuhan kulit ke kulit dengan bayi dan membiarkan bayi mencari puting untuk menyusu bagi merangsang rooting reflex memandangkan dia sememangnya mempunyai naluri hisapan yang kuat
  • Penyusuan dalam tempoh satu jam pertama selepas kelahiran sangat penting kerana ia dapat menyalurkan kolostrum yang menjadi imunisasi semula jadi pertama kepada bayi
  • Malahan, ia juga membantu merangsang proses penghasilan susu ibu secara berterusan
#jika and mempunyai kekurangan air susu..anda disarankan untuk mengambil set menyusu Shaklee..Dijamin tidak mengecewakan anda..Air susu mencurah curah dan baby senang hati sebab sentiasa kenyang.
Persediaan Wajib Sebelum Bersalin
Persediaan Wajib Sebelum Bersalin
Harapan saya semoga apa yang saya kongsikan kali ni dapat membantu anda untuk menghadapi saat bersalin dengan perasaan tenang dan indah. Kalau boleh ajaklah suami  membaca sekali. Semoga perkongsian saya kali ini dapat memberi manfaat kepada kita semua..

Perlukan konsultasi tentang produk shaklee/menjana pendapatan dengan shaklee/menjadi ahli shaklee???
CALL/WHATSAPP/SMS: 0148854484 (WINNIE LURANG)
FB: www.facebook.com/win vita shoppe (Sila LIKE untuk dapat info terkini tentang produk Shaklee)Pengedar sah Shaklee di Miri,Sarawak
Sila klik butang ORDER dibawah untuk membuat pembelian secara online..



No comments:

Post a Comment