Saturday 25 October 2014

Bagaimana Memotivasikan Diri??

Motivasi adalah salah satu resepi untuk berjaya, kunci kejayaan matlamat dan impian semua orang. Ramai  di antara kita pandai menulis impian, tetapi hanya bersemangat sekejap untuk beberapa waktusahaja kemudian hilang motivasi, terus lupa apa nak buat untuk capai impian itu...


Bagaimana anda boleh memberi motivasi kepada diri sendiri? saya nak kongsikan dengan pembaca semua cara berkesan untuk meningkatkan motivasi atau memotivasikan diri tatkala perasaan lemah, tidak bermaya, atau putus asa melanda diri..Bagi kebanyakan orang yang telah berjaya, ianya sangat sukar untuk dicapai...Tapi kan .."Tiada Mustahil Bagi Hati Yang Mungkin" dengan motivasi diri yang kuat..

Bagaimana Memotivasikan Diri??
Bagaimana Memotivasikan Diri??

Tahu apa sebenarnya yang anda mahu.
 Apa yang anda motivasikan diri anda untuk lakukan? Adakah anda hanya mahu menyelesaikan kerja, atau adakah anda mahu mendapatkan wang yang banyak? Tetapkan matlamat yang nyata, atau sekurang-kurangnya matlamat yang mampu dicapai. Jika anda tahu apa yang anda mahu, anda boleh mencapainya, dan anda boleh memotivasikan diri anda untuk mendapatkannya.
Bagaimana Memotivasikan Diri??
Bagaimana Memotivasikan Diri??
Tetapkan tujuan untuk usaha yang anda lakukan
Masalah dengan ramai orang adalah mereka bekerja keras tetapi mereka tidak tahu apa yang hendak dicapai. Adakah mereka mahu wang? Adakah mereka bekerja ke arah wang? Adakah anda mahu wang, atau apakah tujuan mencari wang? Berikan diri anda tujuan yang nyata supaya anda tahu untuk apa anda berusaha.Berusaha untuk mendapat wang yang banyak adalah matlamat kosong; berusaha untuk wang supaya anda boleh mendapatkan rumah yang baik dan kereta yang bagus mungkin lebih nyata; berusaha untuk mendapat lebih banyak wang supaya anda boleh membantu adik-beradik memasuki universiti, untuk ibu bapa menikmati persaraan mereka, dan sebuah rumah yang lebih baik untuk keluarga, dan mungkin sebuah kereta mewah untuk diri sendiri… adalah lebih nyata.

 Berkeinginan kuat

Motivasi yang kuat boleh hadir hasil dari keinginan yang kuat. Anda mestilah mempunyai keinginan yang kuat sebagai pemangkin untuk menempuh apa jua situasi sulit yang bakal melanda.Ia umpama peransang untuk anda mengorak langkah sekiranya langkah terhenti.Apabila anda berfikiran bahawa keinginan anda kian pudar, cuba lihat kembali impian dan matlamat anda. Ia bakal menyegarkan kembali keinginan dan terus menuju ke destinasi kejayaan yang diimpikan.

 Berani menempuh cabaran

Kebanyakan orang gagal pada peringkat ini. Setelah menempuh beberapa cabaran, mereka akan berhenti mengejar kejayaan.Meski pun sering diketengahkan oleh pakar motivasi bahawa anda perlu berani menempuh kejayaan sebagai bayaran sebuah kejayaan, ramai yang terkandas di sini.Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya..

**Terdapat pelbagai cabaran yang boleh melemahkan motivasi seseorang..Semoga benda yang saya kongsikan ini dapat membantu anda dan juga diri saya sendiri agar sentiasa dapat mengekalkan tahap motivasi diri pada tahap optimum..
Perlukan konsultasi tentang produk shaklee/menjana pendapatan dengan shaklee/menjadi ahli shaklee???
CALL/WHATSAPP/SMS: 0148854484 (WINNIE LURANG)
FB: www.facebook.com/win vita shoppe (Sila LIKE untuk dapat info terkini tentang produk Shaklee)Pengedar sah Shaklee di Miri,Sarawak

No comments:

Post a Comment