Thursday 23 October 2014

Cara Terbaik Untuk Menyimpan Susu Ibu

Dah cerita tentang konsep penyusuan kan??Ibu-ibu ada praktikkan tak??Mesti susu ibu-ibu melimpah ruah akan selepas mempraktikkan konsep penyusuan ni..Bila dah melimpah ruah apa yang harus ibu-ibu lakukan???Mesti simpan kan??takkan nak buang..sayang kan??Kali ni saya nak bawa ibu-ibu bagaimana nak menguruskan susu ibu yang melimpah ruah tu..

Susu ibu yang melimpah boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama. 
 
Cara Terbaik Untuk Menyimpan Susu Ibu
Cara Terbaik Untuk Menyimpan Susu Ibu
 

Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
  • Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya.
  • Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2-4 oz sahaja untuk setiap bekas.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
  • Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk.
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk).
  • Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar.
  • Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang di gunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan Susu Ibu
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku. termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
Cara Terbaik Untuk Menyimpan Susu Ibu
Cara Terbaik Untuk Menyimpan Susu Ibu
 
Cara Terbaik Untuk Menyimpan Susu Ibu
Cara Terbaik Untuk Menyimpan Susu Ibu
 



Cara Penyimpanan Susu Ibu
  • Peti sejuk bahagian bawah - susu tahan 3-5 hari bergantung pada suhu peti ais tersebut
  • Peti sejuk bahagian atas/sejuk beku - susu tahan 3 bulan
  • Deep Freezer - susu tahan 6 bulan
  • Pada suhu bilik - susu tahan 4 jam
  • Cooler Bag/Box - susu tahan 12-24 jam
 
Cara Terbaik Untuk Menyimpan Susu Ibu
Cara Terbaik Untuk Menyimpan Susu Ibu

 

CARA CAIRKAN SUSU BADAN

  1. Ambil stok yang paling lama/terawal yang dibekukan.
  2. Lalukan bawah pili air sehingga stok susu EBM mencair. Memang bazir air. Sesekali bolehla. ATAU;
  3. Lalukan sekejap bawah pili air sampai susu ibu cair sikit je. Letakkan dalam bekas berisi air dan simpan dalam peti sejuk bhgn bawah semalaman. Esok pagi dah boleh isi dalam botol minum anak ikut berapa auns yang bayi perlukan. simpan botol susu minum balik dalam peti ais bawah. Bila nak guna amik je sebotol dulu dan rendam dalam air panas. Susu badan beku yang dah cair kena guna dalam tempoh 24jam.
  4. Kalau tak nak isikan dalam setiap botol minum susu pun boleh. Esoknye bawak je stok botol susu simpan / plastik simpan yg dah cair pegi umah pengasuh. Isi botol2 susu / plastik susu dalam cooler bag siap dengan ice pack yg tahan 12jam.
  5. Dalam tempoh 24 jam, jika susu badan cair baby tak sentuh lagi, Stok susu tu boleh campur dalam makanan baby, bagi adik beradik dia, mandikan baby, siram pokok bunga, paling akhir kalau sanggup boleh minum..rasa lebih kurang air nasi je. Kalau puting luka sapukan dengan air susu, puting cepat baik.
**PERINGATAN- stok susu beku cair tak boleh dibekukan kembali sebab antibodi dalam susu ibu dah hilang.
Bila dah dibekukan, sebahagian antibodi dah hilang sebab nak lawan bakteria semasa dalam proses pembekuan. tapi jauh lebih baik daripada susu tepung. Sebab susu tepung takda antibodi. Sekiranya susu badan cair – susu tersebut perlu dihabiskan dalam tempoh 24jam.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan kepada ibu-ibu petang ni..Harapan saya semoga apa yang saya kongsikan disini dapat membantu ibu-ibu menguruskan susu yang melimpah limpah tu yer..
 
 
Perlukan konsultasi tentang produk shaklee/menjana pendapatan dengan shaklee/menjadi ahli shaklee???
CALL/WHATSAPP/SMS: 0148854484 (WINNIE LURANG)
FB: www.facebook.com/win vita shoppe (Sila LIKE untuk dapat info terkini tentang produk Shaklee)Pengedar sah Shaklee di Miri,Sarawak



No comments:

Post a Comment