Wednesday 29 October 2014

Pengalaman Menggunakan Induce Dan Epidural

Kali ni saya nak share pengalaman ketika bersalin anak pertama secara paksa ataupun INDUCE..Kata orang beranak secara paksa ni la paling sakit dan lebih perit dari beranak biasa...Ya..Saya menyokong kata kata itu..Sebab itulah realitinya..Tapikan,,Saya beranak secara paksa ni pun bukan kerana dipaksa doktor untuk berbuat demikian..Saya sendiri yang memilih untuk begitu..

 Sepatutnya tarikh saya dijangakan melahirkan ialah 15.01.2010.Saya sendiri memilih untuk induce pada 04.01.2010..Saya masuk hospital pukul 9 pagi pada hari tersebut dan pada masa tu juga nurse kat hospital tu start ubat induce..Ada yang masuk dari bawah ada yang masuk melalui drip.. 2 jam pertama belum rasa apa-apa..Rasa sakit dia se makin kuat selepas doktor memecahkan sarung air ketuban selepas 3jam..Pukul 2 petang sakit dah tak dapat saya tahan dah..Bila cek bukaan serviks baru jer 3cm..

Masa tu ada juga rasa menyesal buat induce ni..Rasa hati memang nak cuba bertahan demi anak yang dalam perut..Tapi sejam kemudian saya mengalah dengan kesakitan tu..Saya terpaksa meminta cara lain untuk mengurangkan kesakitan dari doktor iaitu menggunakan ubat tahan sakit Epidural.Beberapa jam dah menggunakan epidural tu mmg takda rasa sakit tau..Nurse dan doktor pesan kalu pinggul dah  ada rasa sakit tu tanda dah full cukup masa untuk baby keluar..

Pinggul start sakit pukul 7.25 ptg tak sempat di cek berapa cm serviks buka kepala baby dah nampak kat bawah tu..Ha..korang,tu la bestnyer guna epidural ni..xda rasa sakit langsung.Baby saya keluar pada pukul 7.40 ptg dengan 3 kali push..

Pengalaman Menggunakan Induce Dan Epidural
Pengalaman Menggunakan Induce Dan Epidural


Kini puteri saya ni dah berumur empat tahun..Doa mummy dan daddy semoga Yayai jadi anak yang bijak,pintar,bertanggungjawap dan taat dengan orang tua..


Perlukan konsultasi tentang produk shaklee/menjana pendapatan dengan shaklee/menjadi ahli shaklee???
CALL/WHATSAPP/SMS: 0148854484 (WINNIE LURANG)
FB: www.facebook.com/win vita shoppe (Sila LIKE untuk dapat info terkini tentang produk Shaklee)Pengedar sah Shaklee di Miri,Sarawak


3 comments:

  1. hi win,

    sama kita guna epidural. tapi saya tak sempat merasa guna induce lah.
    suami yang paksa ambil sebab tak tahan tengok isteri kesakitan.elok juga epi ni sebab kita boleh rehat.

    win ada rasa sakit2 di belakang tak selepas epidural?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit belakang mmg dah ada sebelum epidural.dah lama dah menderita lower backache..dah epidural makin kuat sakit..sampai sekarang..Sebab tu saya tak digalakkan untuk angkat barang berat dan guna kasut tumit tinggi..
      Itulah namanya pengorbanan seorang ibu...

      Delete
  2. Hi Winnie
    Saya pun ada pengalaman kena induce..sakitnya rasa hampir nak mati...hahaha..tak terucap.Last2 kena operate,tak sempat ambil epidural.Sekarang memang terasa sakit pinggang bahagian belakang...kata orang kesan daripada operation...dah 3 kali kena operate...huhuuu.
    Kena la amik suplemen untuk kurangkan sakit pinggang atau sakit belakang tu.

    ReplyDelete